PRODUK ALIS FRIED CHICKEN


Ayam Gunting
Rangup di Luar, Juicy di Dalam – Rasa Malaysia dalam Setiap Gigitan
Diinspirasikan daripada konsep Taiwanese Chicken Chop, Ayam Gunting Alis Fried Chicken merupakan hasil usaha bertahun-tahun dalam mencipta perapan unik yang menepati cita rasa rakyat Malaysia. Hari ini, ia menjadi pilihan utama sebagai makanan jalanan popular dan juga lauk tambahan yang sempurna untuk pelbagai menu utama di gerai tepi jalan, kiosk, pasar malam atau food truck.


Ayam Keping
Diperap Dengan Resipi Khas Alis — Tanpa Bahan Pengawet
Pada asalnya dikenali sebagai “Ayam Popcorn”, produk ini dicipta khas untuk menarik minat golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah. Kini, Ayam Keping Alis juga dikenali sebagai “Ayam Satay”. Ia sesuai dijual di gerai, food truck atau kafe sebagai menu snek yang lazat dan mudah disediakan.


Sotong Raja
Sotong Bersaiz Raja yang Menjadi Kegemaran Ramai
Disediakan khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia, Sotong Raja Alis merupakan pilihan ideal sebagai snek, lauk sampingan, atau menu utama jualan jalanan. Potongan sotong gergasi digoreng hingga keemasan dan menawarkan tekstur yang kenyal tetapi tidak liat, dengan isi yang lembut dan berjus — memberikan kepuasan kepada pelanggan dari semua peringkat umur.
Produk Premium Alis Fried Chicken

Pakej Start-Up Alis Fried Chicken
Semua Peralatan yang Anda Perlukan
Ingin mulakan perniagaan makanan dengan cara paling mudah? Alis Fried Chicken menyediakan pelbagai peralatan dan kelengkapan niaga yang berkualiti — daripada fryer, tong, papan tanda, hingga ke apron dan pemotong.



